Thursday, May 27, 2010

Lapangan Terbang Tempatan Catat Peningkatan Penumpang

Jalinan rangkaian udara yang lebih banyak antara bandar raya Singapura dan Malaysia, menyumbang kepada peningkatan mendadak bilangan penumpang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata bagi tempoh enam bulan, sembilan lapangan terbang yang melaksanakan penerangan terus ke Singapura mencatatkan peningkatan 150.23 peratus jumlah penumpang berbanding tempoh sebelum Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan terus udara.

"Bagi tempoh enam bulan ini, lapangan terbang menerima 10.312 juta penumpang berbanding 10.574 juta penumpang sebelum itu," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusi mesyuarat pasca kabinet di Putrajaya semalam.

Setakat ini, 19 lapangan terbang di Malaysia dibenarkan mengendalikan rangkaian penerbangan terus ke Singapura.

Bagaimanapun, hanya sembilan lapangan terbang - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi, Ipoh, Kuantan, Terengganu dan Subang -- telah memulakan operasi itu.

Ong berkata 10 lapangan lain yang belum menawarkan perkhidmatan terus itu ialah Miri, Sandakan, Tawau, Melaka, Alor Setar, Bintulu, Kerteh, Kota Bharu, Labuan dan Sibu.

"Pada masa ini, syarikat penerbangan kedua-dua negara sedang menilai daya maju dari segi komersil serta kemudian yang tersedia di lapangan terbang terbabit sebelum perkhidmatan itu dilaksanakan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata kerajaan telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan penumpang dan menyediakan lebih banyak penerbangan ke Singapura.

"Ini termasuk meningkatkan infrastruktur lapangan terbang Ipoh, Kota Bharu dan Melaka, menambah baik sistem radar di KLIA, Alor Setar dan Johor Bharu serta menawarkan insentif seperti mengurangkan caj-caj pendaratan dan pakir kepada syarikat penerbangan.

"Inisiatif utama ini sedang dilaksanakan sebagai tambahan kepada keistimewaan lain bagi meliberalisasikan lagi perkhidmatan udara," katanya.

Mengenai Perjanjian Pelbagai Hala Asean bagi Perkhidmatan Udara, Ong berkata syarikat penerbangan kini dibenarkan terbang antara ibu kota bandar raya enam negara dengan kekerapan, kapasiti dan jenis pesawat yan tidak terhad, menjelang 30 Jun tahun ini.

"Ia merupakan ratifikasi untuk menggunakan hak kebebasan trafik ketiga dan keempat," katanya.

Beliau berkata tarikh akhir bagi pelaksanaan hak kebebasan trafik kelima, atau penerbangan melepasi ibu kota bandar raya, ialah pada 30 Jun, 2013.

"Buat masa ini, Malaysia dan negara anggota Asean lain sedang meratifikasikan Perjanjian Pelbagai Hala Asean kedua mengenai Perkhidmatan Udara, dengan syarikat penerbangan akan dibenarkan terbang antara kesemua destinasi antarabangsa di ibu negeri negara anggota Asean.

No comments:

Post a Comment