Peperiksaan itu ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian M
enengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM).Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong berkata PESAT dilaksanakan sebagai antara langkah menjadikan Terengganu sebagai negeri "Anjung Ilmu" dengan fokus melahirkan seberapa ramai pelajar cemerlang setiap tahun.
"Melalui PESAT setiap kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran akan diberikan perhatian dan cara pengajaran guru diberikan nafas baru melalui pelbagai program dan teknik untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program PESAT di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang semalam.
Ariffin berkata, pada tahun ini Terengganu mensasarkan pencapaian pelajar yang memperolehi semua A bagi UPSR ialah sekurang-kurangnya 20 peratus, PMR (10 peratus), SPM (lima peratus) dan STPM (dua peratus).
No comments:
Post a Comment