Wednesday, May 26, 2010

Makin ramaikah orang bersalah?

Penjara Marang adalah antara penjara yang sesak kerana 10 peratus banduan di penjara itu melebihi kapasiti yang sewajarnya di tempatkan.

Sehingga kini terdapat 38,124 banduan di 41 buah penjara di seluruh negara dengan kira-kira 32 peratus atau kira-kira 12,000 orang banduan adalah rakyat asing termasuk pendatang tanpa izin.

Jika dilihat kepada angka yang dipaparkan bermakna penjara kita terpaksa menampung mereka yang datang ke negara kita dan melakukan pelbagai kesalahan, termasuk memasuki negara tanpa izin.

Dalam konteks kos menyara mereka itu berapa pula?

Yang pasti, kini ada 10 penjara di negara ini mengalami kesesakan berikutan penempatan banduan lelaki dan perempuan yang tidak seimbang dengan kapasiti yang ditetapkan di penjara tersebut.

Penjara berkenaan termasuk di Sandakan, Kota Kinabalu, Marang, Pengkalan Chepa, Tapah dan Kluang mana bilangan banduan melebihi 10 peratus daripada kapasiti yang sepatutnya.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar, berkata bagaimanapun, secara keseluruhan, keadaan kesesakan di penjara-penjara itu tidaklah serius.

Katanya, bilangan banduan yang ada sekarang boleh ditampung dengan jumlah penjara lain yang ada.

Beliau menyatakannya pada majlis penyampaian sijil penghargaan kepada 100 pegawai, anggota dan kakitangan awam penjara Kelantan dan Terengganu di semalam.
Zulkifli berkata beberapa rancangan sedang dibuat bagi memastikan tidak berlaku kesesakan termasuk pembinaan penjara baru.

Pembinaan terbaru ialah Penjara Sungai Udang di Melaka iaitu penjara yang ke-41, katanya.

Beliau berkata pembinaan penjara hospital turut dicadangkan bagi menempatkan banduan yang menghidap penyakit serius untuk menerima rawatan.

Mereka sebelum ini ditempatkan di hospital kerajaan.

No comments:

Post a Comment