Pendaftaran Pertandingan mencipta blog atau laman web pelancongan anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang telah bermula sejak 1 April lalu masih dibuka hingga 30 Jun depan.
Bagaimanapun penganjur berharap penyertaan awal peserta bagi mengelakkan kesibukan talian di saat akhir.
Sehingga ini hampir 100 orang mendaftar untuk menyertai pertandingan ini dan sebahagiannya telahpun mengemukakan hasil ciptaan masing-masing.
Menurut Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Rosli Zakaria pertandingan ini mendapat sambutan seluruh negara dan perkembangan ini amat positif sekali dalam usaha mempromosikan pelancangan Terengganu.
Bagaimana pun beliau berharap para peserta sentiasa mengaktifkan blog atau laman web pelancongan yang dikemukakan itu dan pihak UKOM sentiasa memantau perkembangan itu.
Kategori penyertaan pelajar sekolah wajar ditingkatkan kerana di sekolah hari ini sudah wujud Persatuan/Kelab Pelancongan Pelajar yang seharusnya menjadi medan untuk mendidik masyarakat berkaitan pelancongan seawal usia.
Begitu juga di peringkat pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) penglibatan mereka secara akademik boleh memberi input yang berguna bagi membantu mencemerlangkan pelancongan dalam konteks Terengganu.
Masih belum terlambat untuk menyertai pertandingan ini dan untuk mendapat maklumat lanjut sila layari http://www.trgtourism.blogspot.com atau hubungi Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu, nombor telefon: 09-6313502 (Petugas: Anida, Rozita atau Harun).
No comments:
Post a Comment