Wednesday, May 5, 2010

Piala Monsun Raih Anugerah ISAF

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Terengganu telah melonjakkan nama negara di persada antarabangsa, sekali gus menarik minat lebih ramai peserta tempatan menceburi sukan itu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kejohanan tahun lepas telah menampilkan 12 peserta elit berbanding kejohanan sulung pada 2005 yang gagal melahirkan sebarang pelayar tempatan.

"Pelaburan kerajaan dalam kejohanan itu berbaloi apabila negara memperoleh publisiti meluas menerusi liputan siaran langsung di rangkaian televisyen antarabangsa seperti ESPN," katanya semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Penasihat Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour, yang juga Pemangku Presiden ISAF World Match Racing Tour (WMRT) di Putrajaya.

Pada pertemuan itu, Gilmour menyampaikan anugerah Acara Terbaik Keseluruhan ISAF WMRT bagi penganjuran kejohanan itu tahun lepas kepada Shabery.

Selain anugerah berkenaan, Piala Monsun juga memenangi dua anugerah lain iaitu 'Best Spectator Experience' dan 'Best Innovation Television Production.'

No comments:

Post a Comment