Monday, May 17, 2010

Sektor pertanian komersil berskala besar di Terengganu

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia yang kini menempatkan dirinya sebagai destinasi pelaburan global yang kompetitif, dengan menawarkan peluang yang besar kepada para pelabur Timur Tengah yang berminat melabur di dalam sektor pertanian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) Datuk Jebasingham Issace John berkata mereka digalakkan untuk kemungkinan meneroka di dalam sektor pertanian komersil berskala besar menggunakan teknologi moden di kawasan yang luas di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.

"Mereka juga boleh meneroka aktiviti hiliran bernilai tinggi seperti pengeluaran makanan halal yang boleh menampung pasaran eksport," katanya di Jeddah.

Dalam hubungan ini, katanya ECERDC menjemput para pelabur dari Teluk untuk mengambil bahagian di dalam syarikat utama melaksanakan pertanian kontrak dan nukleas dengan para petani tempatan di ECER Malaysia.

Jebasingam adalah anggota delegasi misi pelaburan ECERDC ke Abu Dhabi di Emiriah Arab bersatu (UAE) serta Riyadh dan Jeddah di Arab Saudi dari 7 hingga 17 Mei, yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri dan Penasihat Koridor Pembangunan di Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jeddah adalah peringkat terakhir misi itu yang merupakan kerjasama antara Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia, kedutaan Malaysia di UAE dan Arab Saudi, yang turut disertai ECERDC, ECER kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Perindustrian Halal.

Jebasingham berkata para pelabur turut dialu-alukan mewujudkan satu Pusat Kutipan Sehenti, Pusat Pemoprosesan dan Pengedaran (CPPC) di wilayah itu untuk meningkatkan bekalan mahan mentah berkualiti dan produk diproses untuk diedarkan kepada pengeluar dan peruncit tempatan dan dari seberang laut.

ECERDC adalah satu jentera tujuan khas yang diwujudkan bagi memacu pelaksanaan projek dan program utama di dalam pelan induk ECER.

Ia juga akan menyediakan hala tuju, dasar dan strategi yang betul berkaitan pembangunan di dalam ECER dengan menyediakan penyelarasan antaran entiti kerajaan di dalam penggalakan aktiviti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan dan pembangunan di dalam ECER.

1 comment:

  1. saya ingin kembali semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya mati dalam kemalangan kereta dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarganya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
    pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya menyemak akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan ini medium untuk memberi nasihat kepada semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed@gmail.com untuk maklumat dan juga kawan saya Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

    ReplyDelete