Wednesday, June 30, 2010

Ada yang baru tahu

Oleh Zainal Yusof (www.citra-bangsa.blogspot.com)
Isnin, 28 Jun 2010

MENERIMA email dari seorang pembaca buku Kemelut Politik Terengganu dari Bangi, Selangor yang memuji kandungan buku ini menyebabkan saya teringin mahu menyiapkan buku ini, dengan sedikit pindaan, untuk diulang cetak kali ke 3.

Hakikatnya, Geng 10 dan ketuanya, tidak pernah berhenti untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang bertungkus lumus membangunkan Terengganu selepas Menteri Besar sebelumnya asyik sibuk mencipta tamadun dengan idea besar kononnya dialah anak Besut yang mempunyai fikiran bertaraf dunia.

Baru-baru ini, Jumaat, 25 Jun 2010, Idris Jusoh dilihat berjalan sama dengan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Dr. Ramzi menuju ke Tingkat 4, PWTC. Dr. Ramzi dilihat membibit beg, yang mungkin beg Idris Jusoh yang dipertahankannya hingga dia kini mengadap hakim untuk dibicarakan.

Walau apa pun alasan yang mungkin Dr. Ramzi berikan, sebenarnya dia sudah terlajak ketika mahu mempertahankan Idris hingga menyebabkan dia digari dan dimasukkan ke dalam lokap polis.

Hari ini, Datuk Rosol Wahid sudah tidak banyak bersuara. Mungkin pergi sambung belajar tetapi Rosol tentunya menyesal kerana keterlanjurannya mengoncang pintu pagar Istana Terengganu.

Rakan-rakan Rosol macam mana? Khabarnya Din Adam juga sekarang ini makin sibuk menjaga politik Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjadi antara Menteri yang paling ramai mempunyai (menyingkirkan) Setiausaha Politik.

Kelebihan yang ada pada diri Menteri Besar Terengganu sekarang ialah kesabaran. Beliau tidak mudah melatah dengan serangan dari budak-budak higusan di Terengganu, termasuklah serangan ‘bawah tanah’.

Serangan biadap dan jijik dari pengelola blog ‘Jarang Anak Melayu’ yang bernama Abdul Mubin Ismail juga tidak dipedulikan langsung. Mungkin budak seperti Abdul Mubin ini hanya laku kepada Din Adam yang turut memasang cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Terengganu.

Dalam politik Dungun, Din semakin hanyut walaupun dia menang di DUN Bukit Besi. Untuk menjadi Ketua Umno Bahagian Dungun, Din sudah ditolak oleh perwakilan cawangan walaupun bukan sedikit wang yang dibelanjakan untuk mencari sokongan.

Bagi mereka yang belum membaca buku Kemelut Politik Terengganu ini, harap dapatkan senaskhah dengan cara meminjam dari sesiapa yang ada menyimpannya atau belilah. Harganya Cuma RM20 termasuk belanja pos.

Semua tulisan dalam buku itu bukan direka-reka sebaliknya ada kompilasi dari apa yang sudah pernah tersiar, gabungan beberapa penulis politik yang gigih dan prolifik.

Jangan terkejut, walaupun buku itu sudah hampr enam bulan beredar tetapi masih ada yang baru tahu dan mungkin juga masih ada yang tidak tahu. Beritahu kawan-kawan, jika ada yang berhasrat untuk membelinya....email sahaja kepada citra_bangsa@yahoo.com.



No comments:

Post a Comment