Thursday, June 17, 2010

Bank Islam Rancang Teroka Pasaran Pantai Timur, Kedah & Perlis

Bank Islam Malaysia Bhd merancang meneroka potensi pasaran seperti Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang serta Kuala Lumpur untuk perkhidmatan pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu, kata Pengarah Urusannya Datuk Seri Zukri Samat.

"Permintaan untuk perkhidmatan Ar-Rahnu memang ada dan berpotensi untuk berkembang. Kami merancang meneroka segmen Melayu dan bukan Melayu. Kami mahu memberi pilihan kepada pelanggan," kata Zukri kepada pemberita selepas pembukaan cawangan pertama Bank Islam di Kota Bharu, semalam.

Cawangan itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Zukri berkata bagi menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam, Bank Islam menjalin usaha sama strategik dengan Farihan Corporation Sdn Bhd (FCSB), penyedia perkhidmatan pajak gadai Islam.

Bank Islam menguasai 80 peratus kepentingan dalam FCSB dan 20 peratus lagi dimiliki oleh Pengarah FCSB, Aziz Nawi dan keluarganya, katanya dan menambah, FCSB kini mengurus cawangan pajak gadai di Pasir Puteh, Kelantan.

Bank itu, katanya, merancang membuka tiga buah lagi cawangan pada separuh kedua tahun ini.

Zukri berkata bank akan mendidik orang ramai mengenai kelebihan perkhidmatan Ar-Rahnu menerusi aktiviti promosi dan pengiklanan yang aktif.

Sebelum itu dalam ucapannya Zukri berkata Bank Islam telah mengambil keputusan untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam yang berstruktur melalui rangkaian cawangan Ar-Rahnu khusus, berasingan daripada cawangan Bank Islam.

Katanya keputusan ini dibuat untuk membolehkan Bank Islam memain peranan penting dalam memperluas akses kepada pembiayaan berlandaskan Syariah untuk ditawarkan kepada perusahaan mikro dan perniagaan kecil.

"Kami sedar bahawa potensi bagi perkhidmatan ini sangat besar memandangkan permintaan untuk kredit micro seumpama ini semakin meningkat," katanya.

Menurut beliau, ini memberi petunjuk bahawa semangat keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia sebenarnya masih utuh dan apa yang mereka perlukan ialah sumber pembiayaan yang mudah, cepat dan pada kadar yang berpatutan.

Berbeza dengan konsep pajak gadai konvensional, katanya aspek-aspek manusiawi seperti kesaksamaan, ketelusan dan bebas daripada riba adalah antara ciri-ciri utama perkhidmatan Ar-Rahnu.

Pelanggan hanya akan dikenakan upah simpan iaitu satu bentuk caj untuk menampung kos menyimpan barangan yang dipajak, kata Zukri.

Dengan perkhidmatan Ar-Rahnu, secara purata, katanya pelanggan berpeluang mendapat pembiayaan sehingga 60 peratus daripada nilai emas yang dipajak.

Selain itu, semua maklumat transaksi akan direkodkan dengan jelas dan lengkap di samping perlindungan Takaful bagi menjamin keselamatan barangan yang dipajak.

Jika pelanggan gagal membayar semula pembiayaan yang diambil, sebarang lebihan hasil lelongan emas yang dipajak, selepas ditolak jumlah hutang dan upah simpan, akan dikembalikan kepada pelanggan, katanya.

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk pelaburan yang lebih besar? Pinjaman untuk pengembangan perniagaan? Pinjaman untuk pelaburan baru? Pinjaman untuk membayar hutang dan bil jangka panjang. Tidak perlu lagi, kami adalah pemberi pinjaman bersama bank dan menjamin tawaran yang telus. Kami menawarkan pinjaman faedah 2% tanpa cagaran dan Kami berada di sini untuk meletakkan dan menamatkan kemiskinan dan pengangguran, kerana semua orang mempunyai potensi sendiri. Hubungi kami hari ini melalui E-mel kami: gloryloanfirm@gmail.com dan isikan borang pinjaman tje di bawah

    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGARA ===========
    ALAMAT: ===========
    JENIS GARIS PANDUAN: ===========
    JUMLAH YANG DIPERLUKAN: ===========
    TIME DURATION: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Hubungi e-mel kami: gloryloanfirm@mail.com
    Nota: Tiada apa-apa bayaran cukai dan yuran pendaftaran, sila memohon pinjaman mudah!!

    ReplyDelete