Wednesday, June 16, 2010

Mampukah Terengganu melonjak?

Mampukah Terengganu mengulangi kejayaan besar seperti semalam pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka ke 13 pada hari ke enam hari ini seperti semalam?

Semalam selain memungut emas, atlit negara dari Terengganu turut mencipta rekod kebangsaan melalui acara lontar peluru lelaki.

Hari ini SUKMA menawarkan 57 pingat emas berbanding 72 emas keseluruhan semalam.


Semalam, kontinjen Terengganu membolot 12 pingat emas sekaligus memintas kontinjen lain bagi membaiki kedudukan dari tangga kesembilan ke tangga kelima semalam.

Sehingga petang semalam, Terengganu merekod 22 emas, 13 perak dan 19 gangsa dengan jumlah 54 pungutan pingat dan berkongsi jumlah emas serta pungutan pingat dengan kontinjen tuan rumah, Melaka yang berada di tempat keempat.

Sementara Wilayah Persekutuan masih kekal di tempat pertama (29 emas), diikuti Selangor dan Kedah masing-masing 25 emas.

Daripada sepuluh emas yang diraih atlit Terengganu sepanjang temasya yang berlangsung di pelbagai venue hari ini, kanu menjadi antara penyumbang terbesar dengan pungutan tiga emas ( satu perak dan satu gangsa).

Satu lagi acara yang menjadi sasaran pingat, pencak silat turut menghadiahkan tiga emas menjadikan pungutan pingat keseluruhan sebanyak lima emas, diikuti tiga perak dan enam gangsa.

Angkat berat turut menambah satu lagi koleksi emas menjadikan jumlah pungutan tiga emas, satu perak dan satu gangsa bagi acara itu. Dua pingat emas menerusi Mohd Hafifi Mansor (kategori 69 kilogram) berjaya dihasilkan kelmarin (14 Jun).

Semalam juga menyaksikan skuad olahraga menghasilkan dua emas menerusi acara lompat kijang wanita dan lontar peluru lelaki, selain tiga perak dan satu gangsa yang terkumpul sejak acara itu dipertandingkan dua hari lalu.

Satu rekod kebangsaan dicatatkan menerusi atlit negara, Adi Alifudin Hassan selepas menghasilkan lontaran pada jarak 17.31 meter membaiki rekod 17.18 meter yang pernah dicatatkan atlit berusia 22 tahun itu ketika di Sukan Sea Laos tahun lalu.

Terengganu memungut pingat emas kedua melalui atletik apabila Nurul Fatimatul Zahrah Awang memungut emas dalam lompat kijang.

Tidak terkecuali, sepak takraw menyumbang satu emas serta dua emas terakhir kontinjen Terengganu pada hari ini terhasil daripada acara berbasikal. Basikal menjadi penyumbang ter besar pingat emas dengan pungutan tujuh emas, dua perak dan dua gangsa yang berjaya diraih sejak 12 Jun lalu.

Ekuestrian pula merekodkan satu emas untuk Terengganu pada hari ketiga temasya berkenaan.

No comments:

Post a Comment