Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, fasa tersebut yang dibina dari sempadan Pahang hingga ke Gemuroh, Kuala Terengganu akan siap dalam tempoh tersebut sekiranya tiada ‘masalah’ dihadapi.
Beliau berkata, buat masa ini, projek berkenaan sudah 70 peratus siap yang membabitkan beberapa peringkat fasa pembinaan.
“Jika tak ada masalah, kita jangka ia (LPT) akan siap pada awal 2012 nanti, buat masa ini ia dah siap 70 peratus,” katanya selepas menyempurnakan majlis Pengundian Lot-Lot Tanah Peserta-Peserta Felcra Bhd. Bukit Jetit 1 dekat Marang semalam.
Yahya menyatakan perkara itu ketika diminta mengulas perkembangan pembinaan projek fasa kedua LPT menghubungkan sempadan Pahang dan negeri ini ke Gemuroh, Kuala Terengganu sejauh 183 kilometer membabitkan kos kira-kira RM3 bilion.
Beliau menambah, apabila siap kelak, fasa kedua LPT itu akan memberi kemudahan perhubungan kepada orang ramai dan memendekkan masa perjalanan.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan projek berkenaan yang sepatutnya siap pada Mei 2011.
Berikutan kelewatan itu tegasnya, antara empat hingga lima pakej pembinaan projek LPT terpaksa ditamatkan kontrak bagi membolehkan tender baru, dibuka semula.
No comments:
Post a Comment