
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata daripada jumlah itu sebanyak RM6 juta merupakan pemberian pendahuluan bagi persiapan memasuki IPTA dan IPTS di peringkat diploma, ijazah dan metrikulasi.
"Untuk tahun lepas YT memperuntukkan sebanyak RM19 juta manakala tahun sebelumnya RM18.5 juta," katanya selepas menyampaikan bantuan itu di Kuala Terengganu, semalam.
T

Beliau berkata, pada keseluruhannya tahun ini YT membelanjakan RM106 juta termasuk pinjaman, biasiswa, hadiah kecemerlangan dan sebagainya dalam usaha meningkatkan pendidikan di negeri itu.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata kerajaan negeri tetap yakin mampu mengekalkan kejuaraan pada Sukan Malaysia (Sukma) yang kini berlangsung di Melaka.
"Kejohanan itu masih ada sehari dua lagi dan kita harap kita mampu mengekalkan juara Sukma seperti mana yang pernah kita menangi dua tahun lepas," katanya.
No comments:
Post a Comment