Friday, June 18, 2010

T-Gas bantu siswazah timba pengalaman

Siswazah menganggur digalakkan memohon mengikuti program Terengganu Graduate Attachment Scheme (T-Gas) bagi menimba pengalaman dan mencari peluang kerja sesuai.

Ketua Eksekutif Kolej Pusat Pembangunan dan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec), Che Razali Adis berkata, program T-Gas menyasarkan 1,000 siswazah lepasan universiti dalam atau luar negara setahun bagi mengikuti latihan sambil bekerja selama enam bulan.

Menurutnya, program itu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Tesdec bagi mengurangkan kadar pengangguran siswazah Terengganu dan telah dimulakan sejak 2006 melibatkan pemegang ijazah atau diploma.

“Program T-Gas selepas ini mungkin menyediakan kursus formal kepada graduan antara satu hingga dua bulan sebelum ditempatkan di syarikat atau jabatan tertentu bagi memastikan mereka memiliki kemahiran lengkap, supaya ada potensi untuk terus diserap.

“Antaranya mungkin kemahiran komunikasi atau berbahasa yang sering menghantui graduan. Selepas lima tahun diperkenalkan, kita perlukan sedikit perubahan dengan memperlengkapkan diri kepada mereka sebelum melalui bidang kerjaya berbanding sebelum ini terus menjalani latihan di tempat kerja,” katanya semasa hadir program Hi-Tea bersama bekas T-Gas Akademi Kecantikan Noori (Aken) di Oasis Lounge, Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong.

Pada majlis itu, seramai 21 graduan T-Gas yang menjalani latihan di Aken turut diberikan sijil penghargaan.

Menurutnya, bagi tahun ini peluang masih terbuka kepada siswazah berminat kerana masih ada kekosongan.

“Mengikut rekod, pada 2006 terdapat 60 hingga 70 graduan mengikuti program ini terus diserap ke jawatan, dan pada 2009 mengalami penurunan iaitu hanya 50 peratus terus diambil bekerja selepas enam bulan.

“Bagi syarikat yang berminat untuk menggunakan khidmat T-Gas tetapi masih ingin melatih graduan, tempoh enam bulan dilanjutkan kepada sembilan bulan tetapi dengan syarat, jaminan terus diserap ke jawatan,” katanya.

4 comments:

  1. bgs ni...lps grad bln 10 kkg..leh r apply nih..huhu

    ReplyDelete
  2. camne nk apply ni??

    ReplyDelete
  3. cmner nk apply T-Gas nie..xphm la..plez ajrkn ye..trm ksh..

    ReplyDelete
  4. Mcm mne nk apply t-gas ni..mohon maklumat lanjut..

    ReplyDelete