Saturday, June 5, 2010

Konvoi perarakan bendera kontinjen Terengganu

Peserta motosikal berkuasa tinggi yang menyertai Konvoi Perarakan Bendera Kontinjen Terengganu sebelum berlepas di Padang Astaka Jerteh, Besut, semalam.

Terengganu yang muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) XII di Kuala Terengganu dua tahun lalu berazam mengekalkan kedudukan itu pada Sukma XIII di Melaka bermula 10 Jun ini.

Sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi, rakyat negeri itu turut melancarkan Konvoi Perarakan Bendera Kontinjen Terengganu yang bermula di Padang Astaka Jerteh di Besut semalam.

Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Terengganu Sukma XIII Melaka 2010 diadakan di Dewan AlMUktafi Billah Shah Universiti Darul Iman, Gong Badak, dekat Kuala Terengganu malam semalam.

Acara disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengenai konvoi dari Jerteh, seramai 50 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi itu yang dilepaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar.

Turut sama pada majlis pelepasan peserta yang akan singgah di Setiu dan disertai oleh peserta lain ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, Tuan Mamat Tuan Ngah.

Penyertaan itu membuktikan sokongan padu yang diberikan oleh segenap lapisan masyarakat negeri itu bagi memastikan atlet Terengganu mampu meraih sebanyak mungkin pingat pada kejohanan dua tahun sekali itu.

No comments:

Post a Comment