Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mungkin akan memasang pagar eletrik bagi mengelak gajah liar memusnahkan kebun pisang di Felda Cherul Satu, Kemaman.
Pengarahnya Jamalun Nasir Ibrahim berkata buat sementara ini, pihaknya menggunakan kaedah tembakan amaran untuk menakut-nakutkan kumpulan binatang tersebut daripada mengganggu tanaman penduduk rancangan itu.
"Untuk jangka masa panjang, mungkin kita akan pasang pagar eletrik kerana kita bimbang gajah-gajah itu akan datang lagi pada masa akan datang," katanya semalam.

Rabu lepas, sekumpulan antara lima dan enam ekor gajah liar dilaporkan menyerang kebun pisang seorang peneroka Felda Cherul Satu, Kemaman menyebabkan kerugian hampir RM10,000.
Jamalun Nasir berkata pihaknya telah menghantar lima orang renjer ke kawasan itu untuk menghalau haiwan tersebut ke hutan sebaik menerima maklumat.
Mengulas mengenai seorang warga emas di sondol babi hutan di Besut pula, Jamalun Nasir berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Seorang petani, Yasin Mat Ali, 64, menerima enam jahitan apabila disondol babi hutan ketika membersih kebun getahnya di Kampung Kruak, Hulu Besut Ahad lepas.

No comments:
Post a Comment