Friday, June 18, 2010

MIDA Anjur Seminar Industri Berasaskan Kayu 5 Julai Ini

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan mengadakan Seminar Industri Berasaskan Kayu 2010 di Terengganu pada 5 Julai ini.

Pengarah MIDA negeri Terengganu Wan Noraini Abdul Rahman berkata seminar itu bermatlamat memaklumkan kepada pengusaha tempatan maklumat terkini tentang dasar kerajaan, insentif, kemudahan dan perkhidmatan sokongan bagi sektor berasaskan kayu di negara ini.

"Selain itu, seminar yang akan diadakan juga memberi maklumat peluang pelaburan kepada para pelabur di dalam sektor berasaskan kayu serta mengadakan forum untuk pertubuhan perniagaan dengan agensi kerajaan berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Seminar yang terbuka kepada pengilang industri berasaskan kayu itu antara lain disokong oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan beberapa institusi kewangan tempatan.

Menurutnya, seminar bertempat di Hotel Primula Beach, di sini itu, akan dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah I MIDA, Datuk Afifuddin Abdul Kadir.

Wan Noraini berkata maklumat lanjut berhubung perkara itu boleh didapati melalui laman web MIDA di www.mida.gov.my.

No comments:

Post a Comment