Beliau melakukannya pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh semalam.
Mohd Fauzi Hasibullah dari Selangor pula memungut emas dalan acara clean and jerk apabila berjaya mengangkat bebanan 154kg dan memperoleh pingat perak dalam acara snatch dengan angkatan 120kg.
Atlet dari Sarawak Johnathan Patrick mendapat pingat gangsa dalam acara snatch dan pingat perak dalam acara clean and jerk setelah berjaya mengangkat bebanan masing-masing 119kg.
Kedah pula berjaya merangkul pingat emas dalam acara snatch dan clean and jerk kategori 63kg wanita apabila atlet skuad elit Majlis Sukan Negara, Nurul Farhanah Johari, 22, memungut dua pingat emas selepas berjaya membuat angkatan masing-masing 81kg dan 102kg.
Ini sekali gus melayakkan beliau mewakili negara ke Sukan Komanwel di New Delhi, India pada Oktober depan.
Pingat perak dimenangi oleh atlet Sabah Franceay Titus dalam acara Snatch dan clean and jerk setelah berjaya membuat angkatan masing-masing 71kg dan 88kg.
Pingat gangsa diraih atlet Johor Nor Shahida Abd Halim dengan angkatan 65kg bagi acara snatch. Bagi acara clean & jerk gangsa dimiliki oleh atlet Kelantan Wan Nor Waidatulnajwa dengan angkatan 81kg.
Bagi kategori tidak melebihi 58kg wanita, atlet Johor Elyone Matin memperoleh pingat emas dalam acara clean and jerk dengan angkatan 84kg dan pingat perak dalam acara snatch dengan angkatan 70kg.
Fatin Atikah Osman, 17, dari Perlis memperoleh emas pertama untuk Perlis dalam acara snatch dengan angkatan 72kg.
Pingat gangsa dimenangi oleh Nurul Ismayanti dari Kedah dalam acara snatch dengan angkatan 67kg manakala Nurul Qistina dari Pahang mendapat pingat gangsa dengan angkatan 74kg bagi acara clean and jerk.

No comments:
Post a Comment