Wednesday, June 16, 2010

Terengganu Dipelawa Jadi Tuan Rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia

Terengganu sekali lagi menerima pelawaan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ke-4 yang dijangka diadakan selepas Ogos ini.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kepadanya, berikutan kecemerlangan negeri itu menganjurkan kejohanan sama tahun lepas.

"Ini kali kedua berturut-turut kita jadi tuan rumah selepas tahun lepas," katanya semalam.
Bagaimanapun, Mohd Shapian berkata tarikh sebenar kejohanan belum dipastikan.

Katanya PSM kini sedang berbincang dengan kerajaan negeri mengenai kewangan, penginapan, promosi, stadium, pengangkutan dan sebagainya.

Beliau berkata pada kejohanan kali ini, dijangka lebih banyak negara mengambil bahagian berbanding tahun lepas ekoran penularan wabak Influenza A(H1N1).

Katanya PSTNT kini bersiap sedia mengendalikan kejohanan tersebut.

No comments:

Post a Comment