Presidennya Alwi Bavutty mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya mengalu-alukan usaha membantu ibu tunggal itu.
"Kita menyokong cadangan itu kerana ini secara tidak langsung dapat membantu mereka di samping menambah pendapatan mereka sebagai ibu tunggal, “ katanya menyokong kenyataan Razif yasng dibuat 20 Jun lalu.
Alwi berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mengambil inisiatif bagi memantau perkara tersebut dan kita boleh melatih mereka walaupun ia mengambil masa.
PAPA membawa masuk antara 2,000 dan 3,000 pembantu rumah warga asing sebulan dari beberapa negara lain bagi memenuhi permintaan majikan di negara ini sejak Indonesia membekukan perkhidmatan itu ke Malaysia setahun lepas.
Alwi berkata sejak pembekuan pembantu rumah dari Indonesia pada Jun tahun lepas, PAPA mula membawa masuk pembantu rumah dari Kemboja, Vietnam dan Filipina bagi memenuhi permintaan.
Bagi mendapatkan khidmat mereka, beberapa agensi yang menyediakan perkhidmatan pembantu rumah asing Malaysia dibawa ke negara berkenaan untuk melatih calon pembantu rumah dengan kerjasama agensi tempatan sebelum mereka dibawa masuk ke negara ini.
"Kita perlu memastikan mereka berkelayakan sebelum dibawa bekerja ke negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya pada ketika ini, terdapat kira-kira 300,000 pembantu rumah Indonesia yang masih bekerja di Malaysia.
Alwi berkata kebanyakan pembantu rumah dari Kemboja, Vietnam dan Filipina bukan beragama Islam kerana sebahagian besar permintaan untuk mendapatkan pembantu rumah ini adalah dari kalangan kaum Cina.
"Walaupun masih kurang cekap jika dibanding dengan pembantu rumah Indonesia yang dahulunya mendominasi pekerjaan ini, saya percaya mereka akan mahir jika terus dilatih," katanya.
Kerajaan Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berikutan beberapa insiden penderaan amah selain ketiadaan faedah pekerjaan seperti gaji minimum dan hari rehat.
Indonesia mencadangkan untuk menetapkan gaji minimum sebanyak RM800 manakala Malaysia tetap berpendirian gaji perlu berdasarkan pasaran selain perbincangan antara majikan dan pembantu rumah terbabit.
Menyokong keputusan gaji berasaskan faktor pasaran, Alwi berkata penetapan gaji perlu menguntungkan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pembantu rumah, selain berdasarkan kualiti perkhidmatan serta kelayakan pendidikan pembantu rumah berkenaan.
No comments:
Post a Comment