Monday, June 28, 2010

Terengganu Dapat Sekolah Projek Perintis Pendidikan Kesihatan Reproduktif

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memulakan projek perintis ko-kurikulum pendidikan "kesihatan reproduktif" di lima buah sekolah di Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hari ini projek itu dilaksanakan di sebuah sekolah di setiap satu dari lima negeri -- Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Terengganu.

Shahrizat berkata projek itu merupakan antara usaha untuk membendung gejala remaja hamil luar nikah dan pembuangan bayi yang semakin meningkat.

"Kajian yang kita buat (menunjukkan) mereka yang terlibat tidak tahu implikasi dan risiko perbuatan mereka. Mereka belajar dari internet ini lagi bahaya.

"Kita tidak boleh tunggu sehingga ia (kesihatan reproduktif) menjadi sebahagian daripada ko-kurikulum (secara formal) bagi menangani masalah ini," katanya.

Menteri itu berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana membenarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk melaksanakan projek perintis itu.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skuad Sayang dan Hari Keluarga Wanita Barisan Nasional (BN) Klang di Kg Telok Gong semalam.

No comments:

Post a Comment