Friday, June 18, 2010

Terengganu hampiri juara Sukma XIII

Terengganu memerlukan tiga atau empat emas lagi untuk menjadi juara kali kedua berturut-turut Sukan Malaysia XIII.

Sejak tiga hari terakhir ini, kejaran untuk emas semakin sengit apabila Terengganu dari tempat ketujuh, kemudian kelima dan kelmarin kedua dan sehingga semalam, memintas Wilayah Persekutuan apabila ia mencapai 42 pingat emas.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said akan menghadiri majlis penutup Sukma XIII Melaka malam esok.

Hari ini sebanyak 58 pingat emas ditawarkan pada Sukan Malaysia XIII Melaka. Sementara esok, hari terakhir akan hanya menawarkan enam emas.


Wilayah Persekutuan semalam menduduki tempat kedua, kurang dua emas berbanding Terengganu.

Dua pingat emas terakhir Terengganu semalam seperti dijangka dicapai melalui acara 4x400m lelaki dan wanita di Stadium Hang Jebat malam semalam.
Terengganu juga hebat dalam acara kanu semalam.

Wilayah Persekutuan semalam hanya memungut tiga emas walaupun pada siangnya, Wilayah Persekutuan mendahului Terengganu apabila masing-masing memilki 40 emas tetapi Terengganu ketinggalan dari segi pungutan perak dan gansa.

Namun, semakin malam menjelang, nasib Terengganu berubah dan pencapaian atlet wanita dan lelaki bagi acara 4x400m membuka jalan kepada Terengganu memintas Wilayah Persekutuan.
Semalam lima rekod kebangsaan dan lapan rekod Sukma berjaya dipecahkan. Angkat berat menjadi acara penyumbang rekod paling banyak.

Terengganu juga mencipta emas melalui Nik Norbaizura Nik Azman (judo 57kg) dan pasukan ragbi lelaki yang mengalahkan 14-12 pada perlawanan akhir.

Terengganu menunggu satu lagi emas untuk acara bolasepak sambil mahu mencipta hatrik selepas menang dua kali pada Sukma 2006 dan 2008.

Setakat ini Mohd Hanizam Ramli dari Perlis memungut paling banyak emas, iaitu tujuh emas sehingga hari ini.
Sebelum ini, Hanizam menang lima emas dan dua perak dan mengatasi Ian James Barr dari Wilayah Persekutuan yang mendapat empat emas.

No comments:

Post a Comment