Seramai 896 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mengikuti kursus pengajian di dalam dan luar negara bakal bersaing untuk mengisi 209 tempat yang ditawarkan.
kesemua mereka akan dinilai melalui temuduga atau kursus jangka pendek oleh pegawai dari Yayasan Terenganu (YT), ahli akademik dari IPT serta pegawai perubatan berdasar kursus dipohon.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, YT menerima sebanyak 1,211 permohonan daripada pelajar lepasan SPM sebelum ini yang mahu mengikuti kursus perubatan dan kursus lain di Timur Tengah, Rusia, Nottingham, Maghribi, Jordan, kursus A-Level di 10 universiti terbaik di dunia serta beberapa kursus di bawah Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
“Ini menggambarkan pencapaian kita dalam SPM bukan sahaja meningkat dari segi kuantiti, tetapi juga dari segi kualitinya berbanding tahun lepas,” katanya di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.
Mengulas lanjut, pihaknya akan membuat permohonan kepada MAS untuk menambah 20 tempat lagi kepada pelajar di negeri ini yang memohon untuk kursus juruterbang, memandangkan MAS hanya menerima 20 permohonan buat masa ini.
“Kita menerima sebanyak 103 permohonan, yang layak dipertimbangkan hanya 61 orang dan tempat yang ditawarkan hanya 20 sahaja. Kita akan membuat permohonan untuk menambah 20 tempat lagi untuk kursus juruterbang menjadikannya 40,” katanya.
Menurut Ahmad, selain itu, kursus jurutera menerima permohonan paling tinggi di bawah kendalian MAS iaitu 219 orang, namun 203 pemohon yang layak untuk menempatkan diri di 20 tempat ditawarkan, manakala kursus juruteknik pula ditambah kepada 10 tempat daripada 20 tempat yang disediakan sebelum ini
Ahmad berkata, bagi pelajar yang berjaya ke Universiti Nottingham, mereka akan mengikuti kursus selama dua tahun di IPT tersebut dan dua tahun di IPT dalam negara.
Melalui penilaian awal, katanya, hanya 16 pelajar yang layak daripada 89 permohonan yang diterima untuk melanjutkan pe-ngajian di sana dan akan dinilai semula bagi mengisi 10 tempat yang ditawarkan.

No comments:
Post a Comment