Saturday, July 3, 2010

E-Book jadi alat ‘perpaduan politik’?

Menteri Besar dan ADUN Ajil ketawa besar – apakah yang mencuit hati mereka?

Di sebalik kemeriahan majlis pembahagian e-Book dan Bantuan Pakaian Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, ada sesuatu yang menarik berlaku dan tiada siapa menyangkanya akan berlaku.

Jika ditakdirkan Allah ia akan berlaku, maka berlakulah ia.


Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang kemudian beriringan dan duduk di sebelah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman pada petang Isnin lalu (28 Jun 2009) itu amat melega dan menggembirakan semua pihak.

[Image] Jika sukan dikatakan sebagai ‘alat perpaduan; ternyata di Terengganu, e-Book menjadi ‘alat perpaduan politik’ yang begitu terserlah yang memang dinanti-nantikan berlaku selama ini.

Melihat kepada kemesraan dan intimnya kedua-dua pemimpin berkenaan – Rosol dan Ahmad Said – majlis menjadi lebih meriah, penuh mesra serta amat bermakna.

Hati siapa yang tidak puas apabila melihat Rosol – bekas guru- ‘kembali’ untuk sama-sama menaburkan bakti bagi menjamin anak-anak dan ibu bapa sama-sama berganding bahu meningkatkan pencapaian pendidikan di dalam DUN berkenaan.

Pada hari berkenaan, seramai 555 orang pelajar menerima e-Book dan 3,726 orang pelajar telah menerima bantuan pakaian sekolah DUN berkenaan.

Majlis yang disempurnakan Menteri Besar selain kehadiran Rosol, turut serta ialah Speaker DUN, Tengku Putera Tengku Awang dan ADUN Telemong, Rozi Mamat.

Dalam ucapannya pada majlis di Ahmad Said berkata, sebanyak 25 peratus perbelanjaan negeri telah dikhususkan untuk bidang pendidikan sahaja.

“Ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk memartabatkan pendidikan dan kecemerlangan anak-anak Terengganu dalam pelajaran,” katanya.

Katanya, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bagi memastikan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar negeri ini mengatasi negeri-negeri lain termasuk dalam beberapa peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Beliau berharap dengan penyerahan e-Book kepada pelajar sekolah rendah ini ia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar kerana selain kandungan buku teks, ia (e-Book) juga mengandungi bank soalan, sehingga 300 ribu soalan dapat diakses oleh pelajar.

“Apa yang kerajaan negeri jalankan di bidang pendidikan serta ilmu pengetahuan ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu,” jelasnya.

Sebelum majlis penyerahan ini, pada sebelah pagi, Ahmad Said hadir pada majlis Jejak Gemilang Murid Terbilang 2010 di Dewan SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu.


Menteri Besar, Dato' Ahmad Said bersama YB Dato' Rosol Wahid. YB Rozi Mamat dan Tengku Putera Tengku Awang menyampaikan e-Book kepada pelajar sekolah dalam kawasan DUN Ajil, Hulu

No comments:

Post a Comment