Thursday, July 22, 2010

Enam Lokasi Pelancongan di Terengganu Ditutup Sementara

Pulau tenggol...ditutup antara 2 Julai dan 31 Oktober depan.

Enam daripada 12 lokasi pelancongan seluruh negara yang ditutup membabitkan lokasi di Terengganu.

Daripada 12 lokasi itu - sembilan pulau taman laut dan tiga pulau - di kawasan perairan taman laut di seluruh negara yang mengalami kelunturan karang ditutup buat sementara waktu berkuatkuasa 2 Julai sehingga 31 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Abdul Jamal Mydin berkata, antara lokasi itu ialah Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden di Pulau Payar di sini; Pulau Redang, Teluk Bakau, Pulau Tenggol, Teluk Air Tawar, Pulau Perhentian Besar dan Teluk Dalam di Terengganu.

Pulau Perhentian Besar turut terbabit.

Di Pahang, tiga pulau iaitu Pulau Rengis, Pulau Tumok dan Pulau Soyak turut ditutup.

"Ini adalah kali kedua berlaku kelunturan karang yang didapati lebih teruk berbanding pertama kali pada 1998," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat mengenai perkara itu di Pulau Taman Laut di Kompleks Lada, di Langkawi semalam.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab turut hadir pada sidang media itu.

Abdul Jamal berkata, jabatannya mendapati antara punca berlaku kelunturan karang dikaitkan dengan pemanasan global.

Katanya, jabatan berkenaan menubuhkan Jawatankuasa bertindak dianggotai pelbagai jabatan termasuk Kementerian Pelancongan, Jabatan Kerja Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Abdul Jamal berkata, setiap tahun taman laut dikunjungi lebih setengah juta pelawat dari dalam dan luar negeri.

Menurutnya kemasukan pelawat ke pulau Payar akan dikurangkan sebanyak 50 peratus kepada 200 orang sebagai langkah mengawal dan mengurangkan tekanan karang itu.

"Pengurangan itu hanya pelawat ke Pulau Payar manakala pulau-pulau lain belum diputuskan," katanya.

Hanya sebahagian Pulau Payar membabit tiga lokasi ditutup.

No comments:

Post a Comment