Thursday, July 22, 2010

Pertemuan Terengganu-Perlis Dipindah Ke Kuala Terengganu

Pertemuan pusingan kedua bola sepak Liga Super antara Terengganu dengan Perlis akan dipindahkan ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, Selasa depan.

Ia sebelum ini dijadual berlangsung di Perlis pada Rabu depan.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata perlawanan tidak dapat dijalankan di Perlis kerana Stadium Utama Kangar bakal digunakan untuk acara lain pada tarikh tersebut.

Beliau memberitahu Bernama, pemindahan venue itu telah dimaklumkan kepada PBSNT oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Selasa.

Masa perlawanan di Terengganu tidak berubah iaitu pada 8.45 malam.

No comments:

Post a Comment