Pengarah Lembaga Muzium itu Mohd Yusof Abdullah berkata festival itu akan mempersembahkan gamelan pada waktu siang, dengan pelbagai bengkel mengenainya untuk golongan profesional dan pelajar.
"Selama ini, kalau kita pergi ke Bali, hanya Gamelan Bali sahaja ada di situ, begitu juga di tempat lain, tapi Festival di Terengganu ini merupakan satu platform di mana tiga jenis gamelan membuat persembahan dalam satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran festival berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata melalui
festival itu, kerajaan negeri berharap seni gamelan dapat dikembangkan dan dipelajari oleh masyarakat di seluruh dunia.
Katanya sebanyak 15 pasukan, termasuk dari Jepun dan Indonesia, dijangka menyertai festival yang diadakan buat kali kedua di Terengganu itu berbanding pada 2008 yang menyaksikan penyertaan 11 pasukan.
Beliau berkata antara pasukan yang akan mengambil bahagian kali ini termasuk Japan Club dan Limbangsari dari Jepun dan Garasi Seni Benawa serta Sanggar Singamurthi dari Indonesia.

No comments:
Post a Comment