
Datuk Mukhriz Mahathir berkata pendekatan yang digunapakai di Sekolah Imtiaz dilihat berjaya melahirkan generasi yang berpengetahuan bukan sahaja ilmu agama malah turut cemerlang dalam bidang akademik.
"Sekolah Imtiaz juga terkenal kerana pelajarnya sering mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR (Peperiksaan Menengah Rendah) dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat guru-guru di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu semalam.
Katanya ,kawasan parlimennya telah diberi peruntukan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seumpama itu dan kini beliau sedang berbincang mengenainya dengan Kementerian Pelajaran.
"Saya juga akan melawat ke beberapa Sekolah Imtiaz lain untuk mencari model terbaik yang boleh digunakan di Jerlun," katanya.
No comments:
Post a Comment