Kampung Cina Kuala Terengganu akan dijadikan produk tarikan pelancongan di Terengganu dan sehubungan itu kerajaan negeri memperuntukkan RM75 juta untuk kerja-kerja mengindahkan lagi kampung tersebut yang telah diwarta sebagai Kampung Warisan.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata kini kerja-kerja menaik taraf jalan serta bahagian tepi sungai sedang rancak dilakukan dan dijangka siap awal Oktober ini.
"Untuk menarik pelancong, kita juga akan membina kios-kios untuk jualan barang kraf selain mengadakan taman rekreasi di kampung itu," katanya semalam.
Beliau yakin langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dengan
Pembangunan terancang di kawasan Kampung Cina itu adalah sebahagian proses peningkatan imej bakal mengubah wajah bandar Kuala Terengganu.
Katanya, projek ‘Double Frontage Road’ merupakan projek Kerajaan Negeri bertujuan melindungi bahagian belakang rumah kedai Kampung Cina yang didapati kurang memuaskan.
“Ini sebab, Kampung Cina telah digazet sebagai kawasan warisan dan Kerajaan Negeri perlu mengambil pendekatan serius untuk mengekalkan ciri-ciri warisan sedia ada.
“Kita menjangkakan akhir bulan ini, kerja-kerja peningkatan jalan raya dapat disiapkan kerana kawasan itu akan dijadikan laluan sehala yang lebih sistematik,” katanya.
Menurutnya, selepas projek itu siap, Kampung Cina bakal menjadi produk pelancongan baru di
“Selain itu, kemudahan tempat meletak kenderaan juga turut disediakan di sepanjang laluan tersebut dengan kapasiti 400 petak, termasuk ruang meletak bas bagi kemudahan pengunjung yang melawat kawasan itu,” katanya.
Sementara itu, Adzlan berkata, selain pembangunan di Kampung Cina, Kerajaan Negeri bercadang untuk memindahkan sementara peniaga di Pasar Besar Kedai Payang ke tapak pasar baru di Pulau Warisan untuk kerja-kerja penambahbaikan pasar itu.
No comments:
Post a Comment