Friday, July 23, 2010

Tanah Rezab 400 Ekar, 40 Rumah Baru Untuk Orang Asli Sungai Pergam

Menteri Besar (memakai anyaman di kepala) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang - Gambar TeganuKita.

Bagi Datuk Ahmad Said, berkbakti kepada pengundi tidak terbatas kepada pengundi Melayu dan Cina semata-mata.

Beliau tahu, di celah-celah kehidupan yang agak selesa dan maju, ada kumpulan lain yang sering ketinggalan.

Mereka adalah masyarakat Orang Asli yang kini diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri, termasuk oleh kerajaan Pusat.

Lagipun, hasrat masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Pergam, Kemaman untuk bertemu Menteri Besar Terengganu sudah lama disuarakan.

Akhirnya hasrat mereka tercapai apabila Ahmad Said berkunjung ke kampung tersebut 10 Julai lalu.

Tidak ada yang terlambat. Ahmad Said mengakui, setelah dua tahun setengah menjadi Menteri Besar inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke perkampungan Orang Asli Sungai Pergam itu yang merupakan aset penting kepada Barisan Nasional.

Beliau mengumumkan akan menambahkan tanah rezab untuk mereka seluas 400 ekar untuk generasi akan datang dan 40 buah rumah baru yang akan dibina bagi golongan yang baru berkahwin.

Katanya, kerajaan negeri akan membangunkan Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam seperti kampung-kampung lain dan tidak dipinggirkan dalam arus pemodenan.

Harapan Menteri Besar Terengganu agar msyarakat Orang Asli Sungai Pergam dapat berjimat-cermat dalam berbelanja dan hidup dengan harmoni disamping mengamalkan ajaran agama islam dalam kehidupan harian.

Turut hadir dalam program tersebut ADUN Air Putih, Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid, Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Kamil bin Othman, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Abdul Razak bin Arshad.

No comments:

Post a Comment