Pelajar dari Timor Leste meninjau kemudahan peralatan dalam bidang minyak dan gas ketika melawat TATiUC di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.
Sehubungan dengan itu, ia perlu mengadakan lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa untuk mempromosikan program akademik dan kepakaran TATiUC ke peringkat global.
Rektor TATiUC, Mohd. Rozailan Mamat memberitahu, melalui cara itu, ia dapat menarik minat pelajar-pelajar asing untuk datang melanjutkan pelajaran dan menimba kemahiran di universiti berkenaan.
Katanya, usaha awal telah dimulakan hasil memorandum persefahaman yang telah ditandatangani antara TATiUC dengan Skilltech Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Syarikat itu telah dilantik oleh kerajaan Timor Leste untuk membantu melatih guna tenaga negara berkenaan dalam beberapa lapangan di Malaysia.
''Seramai lima warga Timor Leste telah ditempatkan TATiUC sebagai tempat menjalani latihan dalam bidang minyak dan gas baru-baru ini.
''Mereka ini akan menjalani latihan selama dua bulan dan selepas itu diikuti dengan penghantaran kumpulan pelajar pula," ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Katanya, wakil Sekretariat Bagi Vokasional, Latihan dan Pekerjaan Timor Leste dan rombongan telah turut melawat kampus TATiUC bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai universiti kemahiran tinggi milik kerajaan negeri ini.
"Baru-baru ini, mereka datang meninjau kepakaran, kemudahan akademik dan latihan yang disediakan dan ternyata mereka berpuas hati dengan apa yang ditawarkan," katanya.
Menurut beliau, TATiUC akan bersama-sama dengan Skilltech untuk menyediakan latihan kemahiran dan ruang bagi pengajian yang diperlukan oleh pihak kerajaan Timor Leste bagi menempatkan pelajar dan pekerja dari negara itu.
"Kita berharap ini menjadi satu lembaran baru dalam rentetan sejarah TATiUC yang akan membuka ruang mengembangkan sayap ke peringkat antarabangsa," ujarnya.
Kolej Universiti TATi (TATiUC) akan berusaha mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah universiti kemahiran tinggi yang unggul dan turut diyakini oleh masyarakat antarabangsa.

No comments:
Post a Comment