Perlis dijadikan mangsa amukan oleh Terengganu yang sebelum ini berduka selepas nasib malang dipotong tiga mata apabila dibelasah 4-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam tadi.
Walau pun beraksi di Kuala Terengganu, Perlis dinamakan tuan rumah berikutan perlawanan itu dipindahkan ke gelanggang lawan selepas padang di Stadium Negeri, Kangar tidak dapat digunakan, dengan pelawat jelas memanfaatkan kelebihan itu.
Wan Aliff Wan Jasmi membuka jaringan pada minit ke-19 buat Terengganu tetapi Ahmad Aminuddin menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat.
Mohd Ashaari Shamsudin kembali meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-52 selepas memperdayakan pertahanan di kiri dan meraih gol keduanya enam minit kemudian.
Rakan gandingannya Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol ketiga pada minit ke-79 sebelum Aminuddin meledakkan jaringan keduanya empat minit sebelum tamat.
Terengganu kini meraih empat mata, kedudukan sama sebelum ditolak mata selepas menamakan Mohd Zubir Mohd Adzmir dalam kesebelasan utama ketika menentang Johor FC pada 6 Julai lalu.
Mohd Zubir yang turut beraksi dalam perlawanan ini dikatakan tidak layak beraksi kerana bermain buat pasukan Piala Presiden 24 jam sebelum menentang Johor FC.
Terengganu dipotong tiga mata gara-gara tindakan menurunkan Mohd Zubir Mohd Azmir dalam perlawanan Liga Super menentang Johor FC pada 6 Julai lalu.
Ia membawa padah kerana pemain itu tidak layak diturunkan selepas beraksi 24 jam sebelumnya untuk aksi pasukan Piala Presiden.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh mengakui kesilapan membenarkan pertahanan itu diturunkan kerana beranggapan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam yang ditetapkan sebelum bermain perlawanan seterusnya.
“Kami mendaftar Mohd Zubir Mohd Azmir sebab kekosongan di bahagian pertahanan ekoran seorang pemain kami yang dilanda demam.
Saya menyangkakan pemain itu sudah melepasi tempoh 24 jam tetapi perkiraan saya silap,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Terengganu akan membuat rayuan, Abdullah berkata pihaknya masih belum lagi tiba ke arah keputusan itu.

No comments:
Post a Comment