Thursday, July 22, 2010

Malaysia Harap Atlet Lumba Basikal Sumbang Emas Di London

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengharapkan pingat terutamanya emas daripada pasukan lumba basikal negara pada Sukan Olimpik London 2012.

"Kita mempunyai beberapa penunggang yang telah membuat kemajuan yang mengkagumkan semasa latihan di Melbourne," katanya di Melbourne.

Beliau menyebut Azizul Hasni Awang yang boleh menyumbang emas kepada Malaysia.

Azizul adalah antara 10 atlet lumba basikal termasuk pelumba tunggal wanita Fatehah Mustapa yang sedang menjalani latihan intensif di bawah jurulatih Australia, John Beasley di Melbourne.

"Saya memperolehi laporan baik daripada John mengenai komitmen, konsistensi dan dedikasi para pelumba muda kita yang sesetengahnya boleh menyumbang emas di Olimpik London.

"Azizul adalah pelumba berbakat dan seorang role model. Beliau tidak sombong dan gigih berlatih," kata Ahmad Shabery mengenai pelumba kelahiran Terengganu itu.

Selain Azizul, empat lagi pelumba dari Terengganu di dalam pasukan ini ialah Fatehah, Amir Mustafa Rusli, Mohd Hariff Salleh dan Adiq Husaini Othman.

Tiga lagi pelumba adalah dari Selangor iaitu Mohd Akmal Amrun, Mohd Rizal Tisin dan Hafiz Sufian sementara Edrus Yunos dari Perak dan Junaidi Nasir dari Johor.

No comments:

Post a Comment