Wednesday, July 14, 2010

Peniaga disyaki rogol anak saudara ditahan

Jasa seorang peniaga pasar malam berusia 53 tahun yang menjaga anak saudaranya sejak bayi mungkin berganti kekesalan berpanjangan kerana perbuatan merogol mangsa berusia 11 tahun terbongkar selepas murid Tahun Lima itu mengadu kepada gurunya, Selalu lalu.

Perbuatan lelaki dari daerah ini yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak saudaranya itu terbongkar apabila mangsa berubah menjadi murung sejak beberapa minggu lalu mengadu kepada guru sekolah mengenai derita dilaluinya.

Selepas ditanya guru, mangsa memberitahu kemaluannya sakit menyebabkan pihak pengurusan sekolah dan guru berkenaan membawanya Klinik Kesihatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjutan.

No comments:

Post a Comment