Rosli memberi perangsang kepada pelajar...
Pagi Jumaat 16 Julai 2010 lalu, dalam perjalanan dari Hotel Sabah, Sandakan ke Lapangan Terbang Sandakan untuk penerbangan ke Kota Kinabalu, penulis menumpang kenderaan yang membawa Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM) , Datuk (Dr) Rosli Mat Hassan.
Menurut Rosli, banyak cara dilakukan untuk memajukan anak pribumni Sabah melalui YPM dan salah satu daripadanya ialah melalui ‘Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar – SPM 2010’.
Kebetulan pagi itu ada satu program dijalankian oleh YPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sandakan.
Kerana mahu melihat lebih dekat program berkenaan, penulis dan Rosli tidak ikut serta dalam lawatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan rombongannya melawat pasar Sandakan yang tidaklah begitu jauh dari sekolah berkenaan.
Selain menemui pelajar , Rosli sempat berucap memberikan kata perangsang untuk pelajar berkenaan.
Menurut Rosli YPM berharap pelajar di Sandakan akan menggunakan sepenuh peluang program itu.
Program berkenaan menggabungkan empat sekolah menengah di Sandakan dan SMKA Sandakan dipilih sebagai tuan rumah.
Rosli berkata selain di Sandakan program serupa turut diadakan di beberapa sekolah lain si seluruh Sabah.

Tujuannya adalah mengetahui sejauh mana peranan YPM dalam membantu anak Sabah, khususnya bagi tujuan kecemerlangan pelajar.
Menurut Rosli, banyak cara dilakukan untuk memajukan anak pribumni Sabah melalui YPM dan salah satu daripadanya ialah melalui ‘Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar – SPM 2010’.
Kebetulan pagi itu ada satu program dijalankian oleh YPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sandakan.
Kerana mahu melihat lebih dekat program berkenaan, penulis dan Rosli tidak ikut serta dalam lawatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan rombongannya melawat pasar Sandakan yang tidaklah begitu jauh dari sekolah berkenaan.
Selain menemui pelajar , Rosli sempat berucap memberikan kata perangsang untuk pelajar berkenaan.
Menurut Rosli YPM berharap pelajar di Sandakan akan menggunakan sepenuh peluang program itu.
Program berkenaan menggabungkan empat sekolah menengah di Sandakan dan SMKA Sandakan dipilih sebagai tuan rumah.
Rosli berkata selain di Sandakan program serupa turut diadakan di beberapa sekolah lain si seluruh Sabah.
No comments:
Post a Comment