Tuesday, August 24, 2010

AirAsia Tawar Tambang Istimewa Jualan Merdeka

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah utama Malaysia menawarkan tambang sehingga serendah RM9 ke destinasi domestik dan RM29 ke destinasi antarabangsa bagi perjalanan antara 3 Januari dan 31 Mac, 2011, di bawah promosi jualan Merdekanya.

Di bawah kempen jualan Merdeka itu, tambang bagi perjalanan dari Kuala lumpur ke Langkawi, Alor Setar, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Terengganu ditawarkan pada harga daripada RM29+, dan ke Sabah dan Sarawak daripada RM49+.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata ia juga menawarkan tambang daripada RM69+ ke destinasi seperti Siam Reap, Bandung, Jakarta, Krabi dan Saigon dari Kuala Lumpur, serta tambang kompetitif ke destinasi lain di seluruh China.

Jualan bagi destinasi India seperti Bangalore dan Hyderabad adalah daripada sehingga serendah RM149+, manakala bagi Kolkata, Kochi, Trivandrum, Trichy dan Chennai tambang bermula daripada RM199+.

Tambang ke Australia ditawarkan pada harga daripada RM249+, manakala ke London, ia bermula daripada RM699+.

No comments:

Post a Comment