Jenazah kanak-kanak malang Khairul Arif Ayub, 6, yang menjadi mangsa letupan mercun di sebuah rumah tinggal di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga semalam, selamat dikebumikan di sini selepas Asar petang semalam.
Diiringi ibunya, Kamariah Sufian, 25, jenazah Khairul dibawa dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dikebumikan jam 4.35 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama, Chabang Tiga, dengan dihadiri lebih 100 orang kaum keluarga, orang ramai serta anggota polis.
Turut kelihatan berada di tanah perkuburan itu adalah ayah mangsa, Ayub Abdul Rahman, 28, yang sejak dari awal berada di tanah perkuburan tersebut untuk menggali sendiri liang lahad anak tunggalnya itu.
Bapa kanak-kanak yang terbunuh dalam letupan rumah menyimpan mercun di Kampung Seberang Baroh, Chabang Tiga, itu menyerah diri kepada polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsudin, berkata Ayub Abd Rahman, 29, menyerah diri pada jam 12.55 tengah hari tadi di tempat kejadian di mana anaknya, Khairul Arif, 6, terbunuh.
Katanya, polis menahan beliau di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.
Ayub dipercayai menyimpan mercun dan bunga api di sebuah rumah sebelum kejadian letupan itu tengah hari semalam.
Suasana hiba menyelebungi tanah perkuburan sebaik jenazah dibawa keluar dari kenderaaan jenazah HSNZ apabila ibu mangsa hampir pitam beberapa kali sehingga terpaksa dipapah dan ditenteramkan oleh suami dan saudara maranya.
Kamariah yang memakai baju labuh berwarna kemerahan dan berseluar jeans kelihatan lemah longlai dan tidak henti-henti menangis sehingga terpaksa dipujuk oleh anggota keluarga.
Keadaan itu turut menyebabkan orang ramai dan saudara mara yang hadir pada pengkebumian jenazah murid Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin itu sedih dan mengalirkan air mata.
Sebaik sahaja selesai pengkebumian, polis kelihatan mengiringi Ayub ke kenderaan polis untuk dibawa ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Sementara itu, datuk mangsa, Abdul Rahman Long, 60-an, berkata beliau begitu terkejut apabila dimaklumkan seorang anaknya yang cucunya itu meninggal dunia di atas pokok.
"Semasa itu saya baru balik dari kedai apabila dimaklumkan tentang kejadian yang menimpa Arif. Saya bergegas ke tempat berkenaan dan tergamam apabila melihat dia benar-benar tersangkut di atas pokok.
"Saya cuba menurunkan mayatnya dengan memanjat sendiri pokok itu tetapi saya tidak larat dan hanya mampu naik separuh jalan sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Seberang Baruh di sini.
Katanya, dua anaknya kemudian menyambung usaha untuk menurunkan mayat Khairul Arif dan beliau menyambutnya dari bawah dengan perasaan sedih dan hiba apabila melihat kecederaan parah yang dialami oleh cucunya itu terutama di bahagian kepala.
Beliau juga tidak menyangka kata-kata Khairul Arif bahawa dia ingin mati meninggalkan ibu dan ayahnya semasa menziarahi seorang anggota keluarganya yang meninggal dunia di Hulu Terengganu pada hari ketiga puasa menjadi kenyataan.
"Dia beria-ia nak mengikut saya menziarah seorang waris meninggal. Ketika menyediakan juadah untuk kenduri tahlil, Arif ada memberitahu saya sedapnya kuih untuk orang mati, kalau macam ni Arif pun nak mati juga, tinggallah ma dan papa dua orang," katanya.
Beliau menyifatkan Khairul Arif seorang cucu yang manja, periang dan cepat mesra dengan orang.
Tuesday, August 24, 2010
Jenazah Khairul Arif selamat dikebumi
Ayub (kanan) dan isteri, Kamariah hadir pada pengebumian anak mereka, Khairul Ariff di tanah perkuburan Kampung Makam Lama semalam.- Gambar Kosmo
No comments:
Post a Comment