Dr Syed Azman mengadakan sidang media di hadapan kilang Top IT minggu lalu.
Pihak pengurusan Top IT Industries Sdn Bhd sudah menafikan dakwaan pembangkang kononnya bangunan kilang itu yang terletak di Gong Badak tidak selamat digunakan berikutan berlaku keretakan.
Ia selamat digunakan. Ini membuktikan dakwaan pembangkang itu tidak benar.
Dari manakah sumber pembangkang mendapat butir-butir berkenaan? Apakah ada 'orang dalam' yang menjadi dalang?
Pengerusi Top IT, Mohd Shafaruddin Mustaffa semalam berkata, tuduhan bahawa bangunan itu akan runtuh adalah tidak berasas.
Ini kerana pihak perunding yang dilantik sebelum ini memberi jaminan kilang tersebut boleh beroperasi.
Menurutnya, selepas dibenarkan beroperasi pada Jun tahun lepas, syarikat perunding itu telah mengeluarkan surat akuan kilang berkenaan selamat digunakan dan kini pihaknya menunggu Sijil Penyampaian dan Pematuhan (CCC).
“Kilang ini disiapkan oleh kontraktor me-ngikut tempoh ditetapkan dan akuan bangunan selamat digunakan telah dikeluarkan pihak perunding, kita tunggu CCC bagi menggantikan CF (Sijil Layak menduduki),” katanya.
Mengulas lanjut, pada pertemuan Sinar Harian di kilang itu semalam beliau tidak menafikan wujud keretakan pada bangunan berkenaan, namun ia hanyalah kecacatan kecil yang langsung tidak melibatkan struktur utama kilang.
Malah katanya, kerosakan itu telah pun dibaikpulih dengan cara ‘sealing’ dan kos tersebut ditanggung oleh pihak kontraktor kerana kilang itu masih dalam jaminan pihak pemaju selama dua tahun.
Selain itu, Shafaruddin turut menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kononnya kilang yang dibina untuk program e-Book itu bernilai RM12 juta.
Sebaliknya kata Shafaruddin, nilai sebenar bangunan tersebut hanyalah RM7.95 juta dan ia termasuk segala kelengkapan serta kemudahan kilang seperti jalan, kerusi, meja dan infrastruktur yang ada di dalam bangunan itu.
“Bangunan ini selamat digunakan dan lebih penting, melalui program ini Kerajaan Negeri telah berjaya mewujudkan 360 peluang pekerjaan kepada golongan siswazah Terengganu dan ia satu perkara positif,” katanya.
Sinar Harian Jumaat lalu melaporkan pendedahan pembangkang bahawa kilang Top IT Industries Sdn Bhd yang bertanggungjawab terhadap program e-Book tidak mempunyai Sijil Akuan Kelayakan Menduduki (CF).
Berikutan ketiadaan sijil penting itu, kilang tersebut kini didakwa sudah menunjukkan kerosakan iaitu keretakan pada dinding yang diistilahkan sebagai kerosakan kekal walaupun baru dua tahun digunakan.
Dr Syed Azman yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat ketika membuat pendedahan itu berkata, ketiadaam CF dan kerosakan pada kilang Top IT dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara cawangan Terengganu.
Jawapan sudah diberikan. Tuduhan untuk memalukan Top IT yang ada kaitan rapat dengan projek kebanggan kerajaan Terenganu - e-Book - adalah perancangan pembangkang untuk memalukan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Jika segala-galanya benar dan tidak ada satu pun yang tidak benar, kenapa Top IT tidak memikirkan untuk menyaman malu Dr Syed Azman dan PAS?
Top It jangan ingat isu ini tamat di sini kerana ada lagi tiga dakwaan dibuat oleh PAS Terengganu mengenai mereka!
No comments:
Post a Comment