Monday, August 30, 2010

Irfan lega tahap kecergasan anak buah

Oleh Hamid Salleh (Berita Harian)

Irfan Bakti menyuarakan rasa lega dengan tahap kecergasan majoriti pemain skuad Terengganu termasuk ketua pasukan, Marzuki Yusof yang sudah pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan di lutut kanan sehingga direhatkan pada tiga perlawanan terakhir Liga Super.

“Dengan kehadiran semula Marzuki, sudah tentu barisan pertahanan pasukan tuan rumah lebih mantap dan mampu menghalang barisan serangan pihak lawan daripada menembusi gawang,” katanya.

Katanya, Marzuki mampu memikul tugas itu dengan berkesan dalam perlawanan lalu dan pemain itu mampu menjaringkan gol, terutama apabila menentang Pahang dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia pada 14 September ini.

“Saya tidak memandang rendah keupayaan pihak lawan dan sebab itu sudah mengatur perancangan yang rapi agar pertemuan dengan Pahang mampu mengutip mata penuh,” katanya.

Irfan yakin anak buahnya dapat beraksi dengan cemerlang dalam usaha untuk memburu kemenangan di tempat sendiri.

Beliau mengharapkan penjaring utama pasukannya, Ashaari Shamsuddin yang bergandingan bersama Manaf Mamat di barisan serangan dapat merobek gawang lawan dan yakin mereka mampu melakukan tugas penting itu.

No comments:

Post a Comment