Monday, August 30, 2010

MB Tunai Zakat Fitrah di Teluk Kalong


Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169).

Zakat fitrah adalah wajib dan setiap yang wajib, hendaklah diberikan keutamaan menunaikannya.

Dengan kedatangan Ramadan kali ini, sebagai orang Islam yang taat kepada agamanya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said malam semalam menunaikan rukun Islam ke empat (menunaikan zakat) di Majid Telok Kalong, Kemaman.

Beliau melakukannya selepas solat tarawikh. Beliau turut menunaikan solat Isya dan tarawikh di masjid tersebut.

Sebelum itu beliau meraikan anak yatim dan fakir miskin di kediamannya di Teluk Kalong.

Kira-kira 6,000 orang, termasuk pemimpin tempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Pembahagian Zakat itu.

(Berita mengenai majlis berbuka puasa akan menyusul.)

No comments:

Post a Comment