LTdL 2010 melalui Lebuh Ampang - Gambar Hiasan
Perlumbaan berbasikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali semula ke Langkawi selepas lapan tahun apabila pulau peranginan itu menjadi laluan pembuka tirai edisi 2011 pada Februari depan.
Naib Presiden Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia (PLBKM), Datuk Naim Mohamad berkata, Langkawi merupakan antara 10 peringkat perlumbaan LTdL pada tahun depan.
Perlumbaan LTdL kali terakhir diadakan di pulau itu pada 2003.
"Kita sedang membuat tinjauan laluan yang dipilih untuk menentukan jarak perlumbaan,” katanya ketika ditemui semasa menyaksikan Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2010 di Harbour Park, Pantai Kok hari ini.
Pada Februari lepas, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah melahirkan rasa sedih kerana tidak memilih Langkawi sebagai laluan perlumbaan LTdL.
Katanya, walaupun tidak menjadi laluan pertama setiap tahun, Langkawi mungkin akan dipilih dua tahun sekali.
Naim berkata, penyertaan pasukan LTdL 2011 dijangka bertambah berbanding tahun lepas.

No comments:
Post a Comment