Persatuan Sepaktakraw negeri-negeri disarankan memperhebatkan lagi kegiatan masing-masing bagi memastikan sukan itu terus berkembang di kalangan penggemarnya.
Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Mohd Shapian Ali berkata ia penting kerana sukan berkenaan telah mendapat perhatian di seluruh dunia.
"Kita mungkin akan ketinggalan kalau kita tidak berusaha mencungkil bakat-bakat baru di peringkat negeri," katanya yang baru memegang jawatan tersebut.
Mohd Shapian yang juga pengerusi pertandingan PSM berkata pertandingan di peringkat negeri perlu diperbanyakkan bagi memperkembangkan sukan itu serta meramaikan pemain-pemain.
Beliau berkata di peringkat PSM akan berusaha untuk meneruskan kegiatan yang sedia ada di samping merancangkan kejohanan baru bagi membolehkan atlit bermain dan memantapkan diri.
Bagaimanapun, perancangan itu bergantung kepada kewangan persatuan, katanya.
Mohd Shapian yang merupakan anak kelahiran Terengganu pertama memenangi jawatan penting dalam PSM itu berkata program PSM untuk tahun depan akan dibincangkan akhir tahun ini.
"Mungkin ada beberapa program baru akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment