Sunday, August 1, 2010

TOLONG CARIKAN NORHASIMA...

Sidek Ismail, 52, dari Kuala Nerus merayu agar ada pihak tampil membantu mencari anak gadisnya Noorhasima, 19, yang juga penuntut Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas), Pahang.

Noohasima menghilangkan diri sejak 21 Mac lalu kira-kira jam 7.30 pagi dengan memakai seluar jeans dan baju T serta membawa beg tangan.

Sidek menjejajaki anaknya tetapi gagal selepas empat bulan yang dipercayai kecewa apabila keluarga teman lelakinya tidak merestui hubungan mereka. Katanya, sebelum kejadian itu anaknya berada dalam keadaan sedih setelah hubungan dengan teman lelakinya yang dikenal sejak dibangku sekolah dihalang keluarga sedangkan mereka sebelum ini merancang untuk berkahwin.

“Saya tidak tahu sebab utama membuatkan anak saya mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa meninggalkan sebarang pesan kepada kami, malah dia sepatutnya telah mengikuti pengajian di kolej,” kata Sidek.

No comments:

Post a Comment