Tuesday, August 10, 2010

Ujian saringan air kencing Ameng Spring positif dadah

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam diberitahu ujian saringan air kencing penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng menunjukkan penyanyi itu positif dadah.

Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Sjn Halimi Jarkasi, 47, saksi pertama kes itu, memberitahu mahkamah bahawa, ujian terhadap spesimen air kencing itu diperoleh daripada Makmal Dadah dan Penyelidikan Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur.

Halimi berkata, tertuduh sendiri menandatangani spesimen air kencing itu ketika ditunjukkan kepadanya selepas spesimen itu diambil.

"Sewaktu saya menerima spesimen air kencing itu, saya dapati tertera label nama tertuduh, kad pengenalan, tarikh sewaktu ujian air kencing itu dibuat iaitu pada 6 April lepas dan tertuduh sendiri menandatanganinya,” katanya ketika perbicaraan kes itu.

Halimi turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa spesimen air kencing itu disimpan di dalam loker besi yang berkunci di dalam pejabatnya.

No comments:

Post a Comment