Tuesday, August 10, 2010

YPU Peruntukan RM8j Untuk Buka 100 Cawangan T'Shoppe

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menyediakan peruntukan RM8 juta untuk membuka 100 cawangan T'shoppe menjelang tahun 2020 di samping meletakkan sasaran untuk melahirkan 100 orang usahawan dalam bidang peruncitan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata sejak dilancarkan Ogos tahun lepas, T'Shoppe kini mempunyai lapan cawangan, dengan 21 cawangan lagi dalam proses penubuhan.

Beliau berkata T'shoppe ditubuhkan bagi membantu usahawan khususnya bumiputera dalam bidang peruncitan di samping memastikan produk tempatan terutama dari kampung-kampung di Terengganu mempunyai peluang pemasaran yang baik.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerimaan sijil 5S Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah, di Kuala Terengganu semalam, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah YPU berkata pihaknya sehingga kini sudah membelanjakan RM2 juta bagi tujuan itu.

Mohamed berkata menjelang 2020, YPU mensasarkan 50 peratus barang-barang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan terdapat di T'shoppe berbanding lima peratus ketika ini.

Beliau berkata kebanyakan barangan yang dihasilkkan oleh usahawan kecil tidak memenuhi piawaian menyebabkan produk mereka tidak dapat dipasarkan di kedai-kedai T'shoppe, dan sehubungan itu menurutnya YPU akan berusaha mendidik usahawan-usahawan IKS supaya meningkatkan mutu produk mereka.

Pertanyaan mengenai T-Shoppe? Lawati http://www.ypu.com.my/

No comments:

Post a Comment