pagi ini untuk memulakan lawatan tugas khas selama enam hari ke Kanada sempena projek 'Brain Gain' Malaysia.Keberangkatan tiba baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Pierre Elliot Trudeau pada 6 petang Sabtu waktu tempatan (6 pagi tadi waktu Malaysia) disambut Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Selwyn Das.

Antaranya ialah bidang perubatan yang melibatkan Universiti McGill di sini dan bidang pertanian serta makanan membabitkan Universiti Guelph di Toronto.
Tuanku Mizan dijadual berangkat menyaksikan beberapa majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan Universiti Teknologi Mara, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Putra Malaysia dengan kedua-dua universiti terbabit.
Baginda juga akan melawat Hospital Besar Montreal untuk meninjau sendiri projek 'Super Hospital' yang dilaksanakan di situ selain melawat Lucky Harvest Therapeutic Riding Centre pada Ahad.
No comments:
Post a Comment