Bagi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, peluang bertemu rakyat tidak terhad pada sebelah siang atau sebelum berbuka puasa sahaja.
Beliau tetap menggunakan apa juga ruang termasuk selepas solat tarawikh untuk bertemu rakyat yang memerlukan perhatian kerajaan.
Rumah Zakaria yang terletak tidak jauh dari masjid berkenaan turut dikunjung beberapa jawatankuasa masjid selain Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Ketua Pemuda UMNO Marang, Saiful Bahri Baharuddin.
Zakaria memohon kepada Menteri Besar sebuah kerusi roda untuk membolehkan beliau bergerak, termasuk menghadiri solat berjemaah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, Menteri Besar turut beramah mesra dan menikmati juadah disediakan jawatankuasa masjid berkenaan.
No comments:
Post a Comment