Monday, September 6, 2010

Terengganu Sedia Biayai Kos Perubatan Susulan Yahya Jusoh

Gambar Fail - Yahya Jusoh (di depan paling kiri) di zaman kegemilangannya.
Kerajaan negeri bersedia membiayai kos perubatan bekas tonggak pertahanan skuad bola sepak negara era 70-an, Yahya Jusoh yang menderita penyakit saraf sejak September tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri amat menghargai jasa pemain itu dalam bidang bola sepak Terengganu dan negara.

"Kalau beliau (Yahya) perlu buat rawatan susulan, kita bersedia membiayai," katanya kepada pemberita semasa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Yahya di rumahnya di Permin Jaya Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad berkata Yahya, 58, adalah antara rakan sepermainannya dalam sukan bola sepak pada suatu masa dahulu dan beliau berharap Yahya akan terus kental dalam menghadapi ujian penyakitnya.

Semasa mula diserang penyakit itu Yahya terpaksa menggunakan kerusi roda dan kini boleh bergerak dengan menggunakan tongkat.

Yahya berkata keadaannya semakin baik setelah membuat latihan fisioterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah setiap minggu, tetapi belum pasti bila beliau akan pulih sepenuhnya.

"Sekarang saya mampu berulang alik sendiri ke hospital," katanya.

1 comment:

  1. yahya...bek kanan terbaik trg!!...larian dia unik..tenang tapi kerah di padang...

    ReplyDelete