Menggabungkan tugasnya sebagai skipper, presiden Jelajah Match Racing Dunia, penasihat Piala Monsun dan usahawan bukan sesuatu yang mudah, namun ia ‘alah bisa tegal biasa’ buat Datuk Peter Gilmour, juragan Yanmar Racing.
Gilmour, juara keseluruhan tiga kali Match Racing Dunia kini akan menumpukan terhadap menganjurkan Piala Monsun di Kuala Terengganu, akhir November selepas kecewa tersingkir pada peringkat pusingan awal Terbuka Denmark di Bornholm.
“Ia sukar menggabungkan semua tugas ini tetapi saya masih memiliki masa untuk turun berlayar. Sebelum ini pelayaran adalah pekerjaan saya tetapi kini ia adalah minat saya. Ia memberi kegembiraan dalam hidup saya,” kata warga Australia berusia 50 tahun itu.
Baginya, edisi Piala Monsun ini adalah paling menarik dengan ia buat pertama kali membenarkan pelayar bawah 25 tahun dari luar Asia untuk menyertai kelayakan Asia akhir Oktober ini.
“Piala Monsun pada kali ini adalah yang paling menarik dengan ia menampilkan kelayakan tempatan disusuli dengan kelayakan Asia. Pemenang akan mendapat tiket wild-card menyertai Piala Monsun,” katanya
No comments:
Post a Comment