Monday, September 6, 2010

Serikandi Hargai Pengorbanan Pasukan Keselamatan

Norliza Mahmud (dua kanan) melihat bungkusan yang disumbangkan oleh Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu kepada pasukan keselamatan sempena Aidilfitri di Kuala Terengganu, semalam.
Pengorbanan anggota pasukan keselamatan demi menjaga keselamatan negara sentiasa dikenang dan dihargai. Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).

Berikutan itu, Serikadi tahun ini seperti sebelumnya terus menghargai jasa dan pngorbanan mereka dengan menyumbang bungkusan kuih-muih.

Sebanyak 3,500 bungkusan pagi semalam diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia, 18 Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen 512 Askar Wataniah, Batalion 9, Pasukan Gerakan Am serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Yang Dipertuanya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud berkata, tahun ini Serikandi mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkannya dengan kos RM90,000 bagi tujuan ini.


Beliau menyatakannya berucap pada majlis penyerahan sumbangan Serikandi di Seri Iman, Kuala Terengganu pagi semalam.


Hadir pada majlis ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II, Hamzah Mohd. Jamil dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Salleh Sarbini.

No comments:

Post a Comment