Jangan marah jika anda terlepas peluang mendapat Dana Hari Raya ketika ini.
Anda mungkin tidak mendaftar sebagai pengundi. Kerana itu nama anda digugurkan.
Ada juga yang marah kerana tidak mendapat dana raya tahun ini dan mengatakan tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Tetapi, sebenarnya mereka tidak boleh mengundi sama ada UMNO atau pembangkang kerana nama mereka tidak tersenarai sebagai pemilih.
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, rakyat Terengganu
yang tidak mendaftar sebagai pemilih dengan mudah mendapat dana berkenaan. Tetapi tidak lagi tahun ini.
Jangan anggap Kerajaan Negeri mahu menyekat sesiapa. Ia salah sendiri!
Toh Puan Seri Nurliza Mahmud turut menyampaikan dana.
Kerajaan Negeri mengesan sekurang-kurangnya 600 orang di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dikesan tidak mendaftar sebagai pemilih menyebabkan nama mereka digugurkan sebagai penerima dana.
Namun, Kerajaan Negeri memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar dan bantuan akan diberikan dengan menunjukkan bukti pendaftaran dilakukan.
Selepas peraturan ini diperkenalkan, kerajaan berjaya mendaftarkan kira-kira 15,000 pengundi baru di negeri ini hanya dalam tempoh seminggu.
Bagi yang baru mendaftar, pembayaran bagi mereka akan dibayar selewat-lewatnya selepas raya.
Perkara ini diingatkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada setiap majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Daerah di beberapa daerah di negeri ini, sama ada di Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut dan juga Dungun semalam.
Orang ramai yang permohonan bantuan dana raya mereka ditolak tidak perlu bimbang kerana dana itu hak mereka Cuma perlu memenuhi syarat, iaitu mendaftar sebagai pengundi dengan menunjukkan slip pendaftaran.
Ahmad Said menjelaskan, sejak sepuluh tahun lalu, bantuan hari raya diagihkan kepada rakyat dan bagi tahun ini Kerajaan Negeri melakukan pemeriksaan bagi memastikan calon yang menerima bantuan mendaftar sebagai pemilih atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment