Saturday, October 23, 2010

AMRC 2010 mampu lonjak Robertson

Phil Robertson menjulang Piala AMRC 2009 bersama ahli pasukan WAKA Racing.


Kejohanan Match Racing Asia (AMRC) yang akan berlangsung di Pulau Duyong, Terengganu minggu depan bakal menjadi platform terbaik buat juragan muda New Zealand, Phil Robertson melonjakkan kariernya dan menyaingi juragan senegara yang dianggap idola, Adam Minoprio.

Selepas menjuarai AMRC edisi 2009, juragan berusia 22 tahun itu yakin dia bakal tampil dengan persembahan lebih mantap pada perlumbaan 25-28 Oktober ini, bukan saja untuk mempertahankan kejuaraan, malah melayakkan diri ke perlumbaan penutup musim 2010, Piala Monsun, bulan depan.

Menjadi juragan pasukan WAKA Racing, Robertson mengakui, kejayaan menjuarai AMRC tahun lalu telah menjadi pemangkin kepadanya untuk mencatat lebih banyak kejuaraan tahun ini, antaranya Piala Knickerbocker, kelayakan Piala Match Korea, Piala Dunia BMW dan Piala BMW New Zealand.

Kejuaraan kali kedua pada perlumbaan yang akan berlangsung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa itu diharap mampu menjadi pemangkin kepadanya untuk memburu kejuaraan duni.

Minoprio menjuarai AMRC 2006 dan 2007 sebelum dinobatkan sebagai juara dunia 2009 selepas menjuarai Piala Monsun.

"Saya sangat yakin mampu mengikut jejak Adam. Dia bermula dengan muncul juara Asia sebelum merangkul kejuaraan dunia.

Robertson mengakui, sebagai penyandang juara AMRC, dia dan pasukan WAKA Racing memasang sasaran tinggi menjelang perlumbaan yang bakal berlangsung di Pulau Duyong, iaitu venue yang sama digunakan untuk saingan Piala Monsun dari 30 November hingga 5 Disember.

"Menjadi penyandang juara tidak langsung memberikan tekanan. Kami telah bertanding dalam banyak kejohanan di mana semua orang mensasarkan untuk mengalahkan kami. Sama ada kami bermain baik seperti biasa, atau beraksi dengan lebih baik.

"Ramai pasukan hebat akan bertanding dalam AMRC 2010. Peter Nicholas, David Gilmour dan Reuben Corbett akan menjadi pencabar terhebat, namun kami telah menjalani latihan terbaik yang bakal memastikan kami mencapai kemuncak pada hari perlumbaan,'' kata Robertson penuh yakin.

Robertson merupakan contoh terbaik bagaimana pelayar yang bermula dari saingan Optimist dan kelas 420 mampu menjadi pencabar utama perlumbaan profesional dan Match racing.

Memulakan karier seawal usia 10 tahun, dia mula mengukuhkan nama di pentas pelayaran New Zealand apabila menduduki tangga keempat pada kejohanan Optmist Kebangsaan 2002

No comments:

Post a Comment